BAB 9 ( Circle I )

Bulatan

Bulatan dan bahagiannya:~

  • Titik tengah di tengah bulatan ialah pusat bulatan. Jarak tetap daripada pusat bulatan ke lilitannya ialah jejari bulatan.
  •  Lilitan ialah panjang sempadan suatu bulatan.
  • Perentas ialah garisan lurus yang menyambungkan dua titik pada lilitan.
  • Diameter ialah perentas yang melalui pusat bulatan.
  • Lengkok ialah sebarang bahagian daripada lilitan bulatan.

(a) Lengkok major ialah lengkok melebihi separuh lilitan bulatan

(b) Lengkok minor pula ialah lengkok kurang daripada separuh lilitan bulatan.

  • Sektor ialah kawasan yang dibatasi oleh dua jejari dalam satu lengkok.

(a) Sektor major ialah sektor yang lebih besar daripada satu semibulatan

(b) Sektor minor ialah sektor yang kurang daripada semibulatan.(rujuk rajah 8)

  • Semibulatan ialah separuh bulatan atau rantau yang dibatasi oleh diameter dan lengkok bulatan.
  • Tembereng ialah rantau yang dibatasi oleh satu lengkok dan satu perentas (rajah 9).
  • Tembereng minor = bahagian yang kurang daripada semibulatan
  • Tembereng major = bahagian yang lebih besar daripada satu semibulatan

Lilitan bulatan:~

  • Rumus : Lilitan bulatan = p x diameter = p d

= 2p x jejari = 2p j

Luas bulatan:~

  • Rumus : Luas bulatan = p x (jejari)²

= p j²

  • Anulus ialah rantau yang dibatasi oleh dua bahagian yang sepusat.
  • Luas anulus = Luas anulus besar – luas bulatan kecil

Panjang lengkok:~

  • Panjang lengkok ialah berkadaran dengan sudut yang tercangkum pada pusat bulatan.
  • Rumusnya : Panjang lengkok ¸ panjang lilitan = Sudut pada pusat ¸ 360°

Panjang lengkok ¸ 2p j = Sudut ¸ 360°

Panjang lengkok = Sudut ¸ 360° x 2p j

Luas sektor:~

  • Rumus : Luas sektor ¸ luas bulatan = Sudut sektor ¸ 360°

Luas sektor = Sudut sektor ¸ 360° x Luas bulatan

Sudut dalam bulatan:~

  • Sudut pada pusat bulatan ialah dua kali ganda sudut pada lilitan
Advertisements