ISU DALAM KEPERCAYAAN PELAJAR TERHADAP MATEMATIK

KEPERCAYAAN PELAJAR TERHADAP MATEMATIK

Kepercayaan pelajar adalah apa yang pelajar rasa dan  fikir ketika belajar matematik. Terdapat banyak pendapat mereka terhadap subjek yang dianggap killer subject ini. Kepercayaan mereka sememangnya perlu dititikberatkan di oleh guru kerana ianya banyak mempengaruhi dari segi sikap dan minat mereka. Dan apa pula isunya dalam permasalahan ini? berikut meupakan ringkasan dalam bentuk peta minda:

 kepercayaan pljr

View original post

Advertisements

Bab 6 (Pythagoras Theorem )

Segitiga ABC di bawah ialah segitiga bersudut tepat. Jika anda tahu panjang bagi dua sisi dalam satu segitiga bersudut tepat, anda akan dapat mencari panjang sisi ketiga dengan menggunakan Pythagoras Theorem. Pythagoras Theorem adalah salah satu teori paling penting dalam matematik, kerana ia mempunyai pelbagai fungsi dalam pelaksanaan sesuatu situasi dan masalah teknikal. Pythagoras Theorem menjelaskan hubungan antara sisi di dalam segitiga bersudut tepat.

Image

BAB 1

1.2 Pembahagian Integer

•Jika dua integer didarabkan dengan tanda yang sama , maka hasilnya adalah positif

•Manakala jika dua integer didarabkan dengan berlainan tanda , maka hasilnya adalah negatif

Jadual Pembahagian

Penerangan …….

•Hasil pembahagian dua integer adalah positif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang sama seperti (a) dan (d) dalam jadual di atas.

•Hasil pembahagian dua integer adalah negatif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang tidak sama seperti (b) dan (c) dalam jadual di atas.

•Hasil pembahagian suatu integer dengan sifar (zero) akan sentiasa sifar seperti (e) dan (f) dalam jadual di atas.

Contoh Pembahagian:

a)-15 ÷ 3 = – (15 ÷ 3 )

= – 5

nombor -15 adalah bernilai negatif , manakala 3 adalah bernilai positif . Hasilnya adalah negatif .

b)(-72) ÷ (-8) = + (72 ÷ 8 )

= 9

-72 adalah bernilai negatif , manakala -8 adalah bernilai negatif . Hasilnya adalah positif .

BAB1

BAB 1  DIRECTED NUMBER

1.1 Pendaraban Integer

•Jika dua integer didarabkan dengan tanda yang sama , maka hasilnya adalah positif
•Manakala jika dua integer didarabkan dengan berlainan tanda , maka hasilnya adalah negatif
 Jadual pendaraban

Penerangan……

•Hasil pendaraban dua integer adalah positif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang sama seperti (a) dan (d) dalam jadual di atas.
•Hasil pendaraban dua integer adalah negatif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang tidak sama seperti (b) dan (c) dalam jadual di atas.
•Hasil pendaraban suatu integer dengan sifar (zero) akan sentiasa sifar seperti (e) dan (f) dalam jadual di atas.
Contoh Pendaraban
a)-12 x 3 = -(12 x 3)

= -36

Dapat dilihat -12 adalah bernilai negatif,manakala 3 bernilai positif . Oleh itu jika tanda berlainan didarabkan , maka hasilnya adalah negatif

b) (-8) x (-4) = 8 x 4

= 32

Nilai 8 adalah nilai positif , manakala 4 adalah positif . Oleh itu jika tanda yang sama didarabkan, maka hasilnya adalah positif